Friday, November 26, 2010

APA TUGAS KITA SEBAGAI 'PARENT' ?


Salam & selamat datang ke alam 'anak-anak bijak score 'A'..

hmmm... minggu ni memang sibuk.. penat.. letih.. haish.. walau apapun 'life has to carry on'.. Sebagai ibu & 'fulltime housewife' sebenarnya terlalu banyak kerja & pekara yang harus saya lakukan setiap hari & berulang-ulang kali. Jemu ? Memang jemu tapi.. bila melihat kerenah anak2 terutama si baby yang comel hati saya jadi puas. Puas melahirkan anak2 yang comel, sihat & of course 'bijak;.. he..he.. (self motivated) Alhamdulillah.. :D

Tugas saya sebagai ibu.. menjadi semakin mencabar apabila 'school holidays' datang lagi. Misi saya yang pertama ialah... untuk control perangai anak2 saya yang sangat sukakan 'school holidays' yang pada pendapat mereka adalah.. masa untuk bermain tanpa batasan..
Situasi dia yang dikelilingi kawan2 yang ramai dan sepupu2 yang tinggal berdekatan menjadikan masalah ni menjadi semakin kritikal. Dalam hati saya berkata ' I really have to do something..'


Bila saya tengok perangainya yang semakin menjadi2.. saya jadi excited.. Excited untuk menjerit macam 'Ziana Zain' walaupun taklah berapa sedap tapi cukup untuk meruntun tangkai hatinya dan mematikan sedikit kenakalannya... tapi tu semua sekejap aje.. Pastu dia balik mengaruk lagi.. dan saya 'give up'...

Jadi saya perlu cari 'solution'.. saya pun berfikir.. berfikir... zap!!! Saya dapat idea.. dan saya rasa ia perlu dilakukan dengan secepatnya untuk mengekang kenakalan anak saya ni.. Apa dia?

JADUAL.. @ time table.. Jadi saya terus capai manila card dan terus melakar jadual waktu harian anak saya. Dari pagi... bangun tidur.. sarapan.. mengaji.. buat score 'A' .. makan tengahari... tengok tv.. tidur.. bangun dan buat score 'A' lagi... waktu favoritenya 'bermain' dan hinggalah ke waktu akhir dia harus mandi & belajar fardhu ain.. stop.. jadualnya berakhir pada jam 6.30 petang..

Disebabkan anak2 ni dah terbiasa dengan jadual waktu sekolah.. jadi anak saya taklah terlalu stress apabila saya tunjukkan 'schedule terancang' nya untuk cuti sekolah ni.. cuma dia begitu excited apabila terlihat ada waktu 'bermain' di situ.. yelah jadual waktu sekolah mana ada tulis waktu bermain kan? ... ini semua 'trick' untuk membentuk jati diri anak2 terutama yang masih kecil untuk belajar mengawal diri mereka supaya terikat dengan sesuatu yang baik.. dalam masa yang sama jangan buang sesuatu pekara yang dia sukai..

Yes! Saya berjaya... berjaya mengontrol sikit kenakalannya & in the same time pelajarannya pun tidak terabai.. Sekarang saya membuat revision untuk setiap matapelajarannya di tahun lepas.. sebelum explore sukatan baru untuk tahun depan. Saya harus pastikan dia benar2 bersedia untuk melangkah ke sekolah tahun depan dengan persiapan di akalnya.. Maksudnya.. dengan adanya score 'A' ni.. saya akan mengajarnya dulu tentang sukatan pelajaran bagi tahun depan.. di mana bila dia ke sekolah nanti.. dia hanya perlu 'flashback' segala input yang diberikan dan proses ini mempercepatkan pemahaman anak saya. Dan bila di rumah saya akan asah potensinya dengan menggunakan kaedah output.. iaitu.. program menjawab banyak soalan2 yang terdapat di score 'A" bagi melatih kefahamannya dalam menjawab pelbagai jenis & bentuk soalan peperiksaan..

Hmmm.... Apapun saya rasa sungguh bertuah & bersyukur kerana dikurniakan keluarga yang bahagia, sihat & of course anak2 yang 'bijak'.. :D
Dan dengan score'A' anak bijak saya menjadi lebih bijak lagi.. alhamdulillah..
Tapi bukan itu saja faktor menjadikan anak2 bijak... ada lagi satu faktor yang juga sangat penting tau.. perlu dititik beratkan.. Apa dia?

Ok kalau nak tau.. jangan lupa baca blog saya yang akan datang... hee..he... (mean 'to be continued la...lalala...)



No comments:

Post a Comment